WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Neurofibromatosis Penyakit Genetik Jarang Jumpa (Rare Disease) (W146)
13 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2026 | Selasa – Seorang peserta dari penduduk tempatan telah menghadiri Webinar Kesihatan Kendiri bertajuk “Neurofibromatosis: Penyakit Genetik Jarang Jumpa (Rare Disease)” yang berlangsung di NADI Bengoh. Program anjuran Studio Sihat dan NADI Malaysia ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit genetik jarang berlaku yang boleh memberi kesan kepada kulit, saraf dan perkembangan seseorang individu.
Webinar tersebut telah disampaikan oleh Dr Muzhirah Aisha Binti Md Haniffa dari Hospital Kuala Lumpur. Beliau berkongsi penerangan mengenai Neurofibromatosis, tanda-tanda yang perlu diberi perhatian serta kepentingan pengesanan dan rawatan awal bagi membantu pesakit mendapatkan penjagaan yang lebih baik.
Program yang berlangsung pada jam 10.30 pagi itu turut disiarkan secara dalam talian menerusi Google Meet, YouTube Live dan Facebook Live bagi memberi peluang kepada orang ramai mengikuti perkongsian kesihatan yang bermanfaat serta menambah kesedaran tentang penyakit genetik jarang jumpa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: